Tuesday 16 August 2011

doesn't mean if i in love with that guy and i put......??


manusia ni memang xboleh lari untuk mengutuk,mengate(bergosip) macam aq jugak..hi3lagi2 orang melayu ni..bukan nak memburukan kaum sendiri..tapi kenyataanye,btolkan?kadang2 orang tu sapu sampah pon jd gosip..ish2 kecian orang tu(xbersalah lgsg)jd mangsa..ha3..yang paling hot sekali r kot STUDENT...kenapa?sebab aq pun pernah kene....bile kite kaum hawa rapat ngan kaum adam ni rapat..orang sekeliling tengok kalau asyik duk berkepit or keluar ngan dia je?mesti fikir orang tu "couple"...padahal orang tu kawan baik je..kalau mereke sama suke pun biarlah..dyorg xusik korang pun kan?lagi 1 kalau dyorg rapat each other pun jangan r sebabkan korang mereka putus persahabatan or dyorg break ngan SPECIAL PERSON!oihhh..sakit gilerr r hati orang tu sebab korang memfitnah mereka...ni experience dari aq sendiri sebenarye..hurmm..(xley blaaa....)if that person in love with someone..xya lah.korang duduk sibuk nk menyibuk pasal dy..dy couple ke/xcouple ke?itu hak dia..keputusan mereka bukan korang k :P lagi1 kalau mereka2 ni tulis status married,in a relationship,divorced,widowed watever r kan...xsemestiyerrrr BETOL!!!cube r fikir POSITIF dari negatif!asyik2 nak buruk2 kan orang..bahagia betul korang ni mengutuk2 orang tu..padahal orang tu kawan,sahabat baik or nk men2 je..pastu korang pun TERLEBIH PANDAI SGT buat citer kan..tambah2 ckit ayat tu supaya jadi lg interest kan?ish3....BAIKYEEEE korang ni...


*if i in love with that guy doesn't mean i couple with him?
*or if i put in a relationship,married, in open relationship with that guy?



    DOESN'T MEAN I COUPLE WITH THAT 
               GUY!!!!!HUH...(perasaan agak marah jgk ni) ^_^






Saturday 13 August 2011

2makhluk Allah yang comel ni datang dalam hidup mai dan haiwan2 ku ^_^

agak-agak sapelah 2makhluk Allah yang comel yang datang dalam hidup mai ni kan??

mereka ni makhluk yang comel dan kecik je..dan ade jugak orang takut ngan makhluk ni..sebab dia kecik & berbulu...adorang takot or allergic pada bulu..macam MAI!hu3..tapi nak buat macam ne kan mai dh sayang..sape pun xley nk halang..ok3 kita focus pada topic ni k..
 makhluk Allah tu ialah : 


IA HAMSTER!!!hi3
dulu mai pernah bela hamster,ikan puyu,emas &belaga,turtle,kura2 dan KUCING!!!kucing adlah haiwan paling mai sayang n kesukaan mai...tapi malang yerrr hamster,ikan puyu,emas &belaga,turtle,kura2 semuanya mati..nk tahu kenapa?mai kan ramai cozen laki n then ank buah..mereka2 ni suke bebenor mgusik makhluk comel ni n akhir ye mati..sayang betul kan..bela byk2 then mati..yang kucing lak...mai ade bela 4ekor..yg first  LALA,KINO,KUNING,TIMO...yang hamster tu xley nk kira..sbb sampai beranak2..huhuhu..kali ni mai bela hamster kat HOSTEL PUTERI DESA VIEW!ni ada salah1 subjek EARLY ENVIROMENTAL SCIENCE FOR CHILDREN keje kami  kne buat sebagai 1group mai,biela,k.ika & bazilah....kami bela sepasang r..jantan n betina supaya xlonely or single mingle kan...kami still searching tuk nak panggil pe..tapi mai kdg2 panggil mereke ni yg jantan(gemok,mok cmtu r...)sbb dy keje mkn n npk gemok yg betina lak ( melenting)sbb dy kitorg pegang dy..dy suke melenting n lari je..geram taw!!papew pon kami sayang mereka ni..hihihi..korg2 ni tolg doakan semoga haiwan kesayangan kami ni sihat2 selalu,happy n dapat ank byk n comel...hu3...






Gita Gutawa - Selamat Datang Cinta (High Definition)

Bunga Citra Lestari - Aku Tak Mau Sendiri

Bunga Citra Lestari - Tentang Kamu (SUPER HQ Audio/Video)

Friday 12 August 2011

:: ISTIKHARAH ::


Istikharah? Mencari jodoh ke? Haaaaaaaaaaa..... ini la yang salahnya.. istiharah sering dikaitkan dengan isu pemilihan pasangan hidup. Bukan nak kata salah. Tapi, istikharah ni bukan hanya untuk memilih pasangan hidup. Nak pilih rumah pun orang buat istikharah jugak. Pilih bidang pengajian pun sama. Tak kira apa situasi pun, BERGANTUNGLAH PADA ALLAH yang satu.
Istikharah sebenarnya adalah satu cara yang ALLAH kurniakan kepada kita untuk membantu kita mencapai ketenangan dalam hidup. Melalui istiharah ini kita menyerahkan diri dan tunduk kepada kekuasaan ALLAH.
Apa yang penting dalam istikharah?
Yang penting bagi kita yang memohon adalah KEPERCAYAAN, KEYAKINAN dan KEBERGANTUNGAN kita pada ALLAH s.w.t.
Jawapan istikharah bukan sahaja datang dalam bentuk mimpi macam yang ramai orang percaya. Ia mungkin datang dalam bentuk gerak hati atau mungkin juga dengan ditunjukkan secara terang-terangan oleh ALLAH dalam situasi kehidupan kita.
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”

Kenapa nak kena istikharah dalam pelbagai hal dalam kehidupan?

Kenapa tak terus sahaja buat keputusan? Bukankah ALLAH dah kurniakan kita akal?

Ye.. memang kita punya akal. Tapi akal kita ni ada batasnya. Tidak sempurna. Sebab itulah kita kena bergantung ,kepada ALLAH yang maha MENGETAHUI yang SEMPURNA.
Pendek kata, kalau ada apa-apa, mintalah dari ALLAH. BERDOALAH padanya..
Wahai sekalian orang-orang yang beriman ! Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan dengan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang bersabar (153) (Albaqarah)
Maka benarlah, solat itu pengubat hati yang bergelora, hati yang gersang dengan kasih sayang, hati yang memerlukan bimbingan, maka solatlah, ianya punca kedamaian dan ketenangan”
Wallahualam~

=)
May ALLAH bless,

:: sAyA dAh KaWeN! ::


baca betul-betul dan fahamkan :

SAYA DAH KAWEN

wahai kawan-kawan (especially yang perempuan), pernah dapat tak mesej or call darimakhluk asing orang tak dikenali? saya rasa, GERENTI pernah kan? sms or miss call dari number asing memang saya tak layan.. tapi kalau call saya angkat.. dan,
 semalam...

encik tepon : kring.. kring.. kring.. (yeye je..padahal vibrate je..silent kot)

*saya pon angkat la..*

alien X : assalamualaikum..

saya : waalaikumsalam. sape ni?

alien x : tak ingat?

saya : tak. dari mane ni?

alien x : johor.

saya : ha?! tak kenal. maaf.

alien x : tak pe la.. nak kenal tak pe kot?.

saya : MAAF SAYA DAH BERPUNYA.

alien x : ha? DAH BERANAK DUA?

*sound trouble ke ape ni*

saya : haaaaa.. ye.. SAYA DAH KAWEN. dah anak DUA. yang besaq tu dah darjah 1. yang kecik tu 3 tahun.

*kalau cakap tengah pregnat anak ketiga pon okie ni*

alien x : adui.

saya : sowe la ea. nanti suami saya balik ni.

alien x : ok. assalamualaikum.

saya : waalaikumsalam.

*eeeeee~! tension je*
~
~
~
haaah! amek. suka hati je.. mane tah dapat number. melampau ni.
kepada lelaki-lelaki di luar sana. pliz la jangan buat macam ni. HAMPES je. kalau dah desperate sangat tu, mintak la mak korang carikan calon ea.. takmo camni. TAKMO k.
yang perempuan-perempuan tu.. korang cakap je korang dah KAWEN or dah ADA ANAK.. agak-agak nak cakap korang NENEK pon ok jugak kot. baru terdiam alien-alien tu.
neway, saya TAK kawen lagi la.. I muda lagi U..
TAPI dekat facebook tulis MARRIED TO _______________ 
^___^




gambo recyle.. huhuk~ ada gaya IBU BERANAK DUA tak?

hahaha:P
*peace*

:: ApA mAkSuD nAmA kOrANg?? ::


korang tau tak yang nama ni adalah doa? rasanya semua orang tahu pasal ni kan?  tapi.. sekarang ni semua orang dah ada nickname masing-masing.. ada tu yang jauh benor dari nama asal kita.. 
uhuk~ saya pun ada nickname saya sendiri.. most people panggil saya 'mai'..

its a pleasure when people call me by my real name.. tak kiralah 'mai,coyo,mia,angah,maya or sepet????'.... hehe~ bukan tak suka orang panggil nickname saya ye.. cuma perasaan tu lain la bila panggil nama sebenar..

korang pulak macam mana?

hmmm..

kepada bakal-bakal pemberi nama untuk anak-anak yang bakal lahir..(korang la..) adalah penting untuk kita memberikan nama dengan maksud yang baik.. 

seperti yang disebutkan dalam Jame’ al-Fawaid, jilid 2, halaman 407 menyebut, Rasulullah SAW menjelaskan, "Hak anak terhadap ibu bapanya, antara lain adalah memberinya nama yang baik dan membentuk budi pekerti yang luhur."

antara panduannya nama yang baik adalah : 

 1. memberikan nama yang bermula dengan 'Abd' seperti, Abdul Malik dan Abdul Aziz.
(walau bagaimanapun, penggunaan 'Abd' dan selain dari Al-Asma Husna @ Nama ALLAH adalah haram kerana 'Abd' bermaksud 'hamba')

2. memberikan nama para Nabi.. sebagai contoh, Muhammad, Ayub atau yang lainnya.

3. memberikan nama tokoh-tokoh Islam terdahulu. antaranya, Umar, Hamzah, Rabiatul Adawiyah, Khadijah dan lain-lain.

selain dari tu.. just selak je la buku panduan menamakan anak yang banyak dijual kat pasaran sekarang.. kena teliti sikit lah bab nama ni.. cuz, maksud 1 hal.. bunyi pun, jangan pelik sangat.. kesian kat anak tu.. free je jadi bahan kawan-kawan karang.. 


"Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Maka elokkanlah nama-nama kamu". - Mafhum Hadis Abu Darda R.A.









gambar hiasan


 
itu sahaja dari saya untuk kali ni.. renung-renungkan..dan..SELAMAT BERAMAL..  (^_^)
 

:: ❤ I LoVe yoU ❤ ::


"pen merah..
pen biru..
you marah..
i love you.."


weeee~

biase dengar tak ayat jingle kat atas tu??
*boleh kot dikira jingle*

waaa~ sangat teringat zaman kanak-kanak ribena..
*ni lagi satu..kenapa ribena ek??*


dulu, kalau rasa nak marah je.. bila kawan-kawan nyanyi jingle ni, mesti rasa nak gelak..dari nak marah terus senyum and sengeh..huhu (^_^)
halus betul caranya nak meredakan kemarahan kita.. tapi sekarang.. makin kita marah.. makin dibakar-bakar.. budak-budak sekolah pun dah pandai bertumbuk sana sini..

bila dunia semakin mengalami perubahan.. segalanya pun ikut sama berubah.. makanya..

                         ni ien cozen mai(miss sepet) kami bdue agk rpt shgga skrg
                      sjk dri kami baby dh rpt..maklum r dy tuan sebulan je..my twin...

                            ni me n adib syakir?xsure cm ne nk eja nmeye..huhuh
                                                comel kan dak ni :P

                                     ni diantare cozen2 ku ygpling ku rpt <3
                                                yana,nashuha n me

                                           baru ku sedar adeqku ni encem :P
                                      ni klu dy thu den copet pic dy..siap r den

                                                ni zaman ku smase kcil...

ni anajjah husnah(cozen yg comel tp gnas mcm sye)

ni r gambar cozen n niece
byk lg gmabr tp cukup2 r 
:P
huhu~

gurau je.. just.. jaga la anak-anak kecil disekeliling kita.. yang dekat dengan kita yang kita sayang dengan sebaik-baiknya.. sayang diorang so that diorang tak rasa kurang disayangi.. so that diorang tak memberontak.. so that diorang tau menghormati orang lain.. so that diorang akan membesar menjadi orang yang tinggi adabnya..

and for teachers and teachers-to-be macam saya.. jum la support sama.. instead of menghukum kesalahan, apa kata kita cube memahami keadaan.. (^_^) fitrah budak-budak ni, semuanya innocent.. kalau diorang misbehave tu maknanya ada la something wrong somewhere..

makanya,

sayangi anak-anak anda~
(^_^)

huhuhu tetibe je kan :P

:: GuYS~! kOrANg cOoL BiLe..... ::

kacak luar, kacak dalam, 
kacak DENGAR sini..


cantik luar, cantik dalam,
cantik DENGAR sini..


ehem~


hye guys kat luar sana, yang sedang bizi berblogging tu.. mai singgah baca sat naa..


korang rasa korang COOL?


korang tahu apa definisi COOL? bukan eskim MAT COOL okie~


kalau korang taip 'COOL' and translate kat GOOGLE TRANSLATE makanya jawapan yang korang akan dapat adalah 'SEJUK'.


aha~


SEJUK ke? (NZ memang sejuk~ opss tibe-tibe)


|
|
|
V


ada sesetengah dari generasi kita yang melihat 'COOL' dari sudut yang NEGATIF


kalau SMOKING barulah nampak 'COOL'..


kalau berani ponteng kelas barulah 'COOL'..


kalau mampu menjadi jahat NAKAL barulah 'COOL'..


in short, those who broke the rules are said to be 'COOL'.. ya meh??


trust me guys, korang tak 'COOL' manelah kalau itu gayanya..




:: GuYS~! kOrANg cOoL BiLe..... ::


1. KORANG ADALAH HAMBA YANG TAAT PADA PERINTAH ALLAH SWT.


2. KORANG ADALAH UMAT YANG MENGERJAKAN SUNNAH RASULLULLAH SAW.


3. KORANG ADALAH ANAK YANG DENGAR KATA KEDUA IBU BAPA.


4. KORANG ADALAH RAKYAT YANG PATUH PADA UNDANG-UNDANG NEGARA.


5. KORANG ADALAH REMAJA YANG MENGHORMATI ORANG TUA, DAN MENYAYANGI YANG MUDA.


6. KORANG ADALAH PELAJAR YANG BERSUNGGUH DALAM BELAJAR.


7. KORANG ADALAH SAUDARA YANG BERKASIH DAN BERCINTA KERANA ALLAH.






'COOL' pada mata manusia bukannya apa-apa.. sebab nikmat hidup yang sebenarnya ada pada penilaian ALLAH pada kita.


wallahualam~

:: BiLa CiNTa ::


seperti biasa, mulakan bacaan anda dengan senyuman yang lebar okie..baru nampak manis.. 
New Baby Big Smile PINK
sehat semua? kali ni saya still nak bercerita tentang cinta.. biasalah, korang memang suke bab cinta-cinta ni kan? huhuk~


:: BiLa CiNTa ::
cinta.. apa yang korang faham tentang cinta? bagi adik-adik yang still berbaju putih berkain biru @ hitam tu cinta tu 'couple' ek?? errrrr~ salah tu adik-adik.. cinta dengan couple tu adalah dua situasi yang sangat-sangatlah berbeza.. lain sangat..

cinta tu kan.. macam yang saya cakap dululah.. membuahkan kebaikan dalam diri seseorang..

kalau couple tu belum tentu lagi.. kan?

ada antara kita yang rasa "hmmm~ kenapalah orang lain semua ada couple, ade boyfie girlfie.. aku takde pun.."

macam ni lah ye, pernah tengok tak kawan-kawan yang menangis sebab clash? kesian kan? haa.. itulah yang perlu dibayar bila cinta dipandang serendah harga 'couple'..

jangan risau jika tak ada 'couple'..tapi risaulah bila tak ada cinta.. macam rumit je nak faham kan? =)

senang je sebenarnya nak kenal cinta.. 
1. dengar kata hati (ikhlaslah dalam mencintai seseorang, kalau tak cinta jangan beri ruang dan juga harapan..janganlah couple.. pasti ada yang sakit nanti..)

2. kenal dulu baru tahu (cinta pandang pertama tu bukannye mustahil..tapi selalunya tak membuahkan hasil.. makanya jangan terus approach and couple kalau belum betul-betul kenal..nanti bukan jadi cinta..tapi jadi derita..)

3. tengok akhlak bukan rupa semata (yang ni..pahamkan semua? akhlak yang baik itu mengindahkan rupa.. tapi rupa yang baik belum tentu dapat mengindahkan akhlak yang buruk..)

4. belajar dulu bagi habis (haa..yang ni parents pun selalu pesan kan? belajarlah bagi tinggi sikit ilmu tu.. barulah kita mampu nak mengenal mana satu cinta yang betul..mana satu yang palsu..)

5. CINTAILAH YANG MAHA MENCINTAI..(senang sangat nak faham kan? kalau kita cintakan Allah..Allah pasti akan sediakan CINTA yang terbaik untuk kita..)

bila cinta tak mampu dinilai dengan harganya yang sebenarnya, maka lahirlah anak-anak tak beribu tak berbapa.. 
bila cinta gagal dinilai dengan harga sebenarnya, maka makin ramailah yang mencabut nyawa sendiri sebelum waktunya..
bila cinta dinilai dengan harga yang salah, maka cinta bukan lagi indah tapi penuh noda..

wallahualam~

:: KaDaNG-KaDaNG DiaM iTu LeBiH BaiK ::


"if you have nothing nice to say about someone, you better don't say anything"

kita bukan hidup seorang kita je dalam dunia ni.. ada orang sekeliliang kita yang kita kena jaga perasaan diorang.. kalau dah rasa tak reti sangat tu.. lebih baik kita berdiam diri dari menyakiti mereka.. tapi.. jangan diam yang buat orang sakit hati pulak.. kalau orang tanya kite jawab la baik-baik.. jangan orang cop kite kurang beradab pulak nanti.. betul tak?


nak buat diam pun kena betul cara jugak.. ni kalau diam dengan muka yang stress and muncung macam itik tu.. orang pun menyampah dengan kita.. so, dah diam tu..MANISkanlah muka tu ye.. senyum.. macam ni  .. haa.. kan comel tu.. hehe~

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)



ni saya nak kongsikan sedikit tentang hikmah 'Lidah' yang diam :

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah
2. Perhiasan tanpa berhias
3. Kehebatan tanpa kerajaan
4. Benteng tanpa pagar
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal
7. Menutup aib diri



owh.. banyak hikmahnya kalau kita dok diam ni.. so.. dari bercakap-cakap benda-beda tak berfaedah.. mengata orang tu, mengata orang ni.. lebih baiklah kita DIAM.. shuuuu~ 
jadi, renung-renungkan dan selamat beramal.. 

:: SaKiTnYe BeRCiNtA.. SeMuA BeNdA NaK TeRaSa.. ::



:: SaKiTnYe BeRCiNtA.. SeMuA BeNdA NaK TeRaSa.. ::
(baru ingat nak berhenti cerita pasal cinta-cinta ni..aih -___-" )

korang pernah bercinta? or korang tengah bercinta? tak rasa sakit ke bercinta ni?

saya saje je tanya.. nak tau jugak perasaan korang ni..

bagi saya yang kuat 'touching' ni... bercinta itu sangatlah menyakitkan..

*emo..emo..*

kenapa saya kata bercinta tu menyakitkan?

bercinta tak sahlah kalau takde terasa-terasa ni.. aman benor kalau takde terasa ni semua.. kalau ada yang macam ni.. kalau tak kawin lagi tu.. segerakanlah berkahwin ye (^_^) and jangan lupe jemput saya pergi kenduri korang okie~~ huhuk~ sorry, termelalut..

:: SaKiTnYe BeRCiNtA.. SeMuA BeNdA NaK TeRaSa.. ::

dia busy kita terasa.. dia free sangat pun kita terasa..

dia diam kita terasa.. dia bising pun kita terasa..

dia tegur kita terasa.. dia buat dunno pun kita terasa

dia kurang baik kita terasa.. dia baik semacam pun kita terasa..
(yang ni saya tak faham..awatlah orang buat baik pun nak terasa tah..ih3)


bercinta ni.. kenalah pandai jaga hati.. bukan je hati orang yang lagi satu tu.. ingatlah.. kita pun ada hati kita sendiri.. so, jagalah hati kita yang satu ni jugak.. jangan dok layan sangat perasaan tu.. setan dok menghasut je.. saje nak porak perandakan rumahtangga kita..saje nak bagi kita jiwa kacau.. saje nak bagi kita stress.. there is more to life than to feel depressed over small thing like 'he's/she's busy'.. live life to the fullest okie.. nak tension-tension pun pilih la bende yang sesuai untuk di tensionkan.. contohnya EXAM or ASSIGNMENT.. opss.. hehe~

kekasih atau peneman itu adalah untuk menyenangkan hati yang lagi satu tu.. kalau dah rasa tak tenang..and gagal untuk menenangkan tu.. carilah penyelesaian ok.. jangan biar sakit hati tu bertambah parah.. seksa nanti..