Friday 12 August 2011

:: ApA mAkSuD nAmA kOrANg?? ::


korang tau tak yang nama ni adalah doa? rasanya semua orang tahu pasal ni kan?  tapi.. sekarang ni semua orang dah ada nickname masing-masing.. ada tu yang jauh benor dari nama asal kita.. 
uhuk~ saya pun ada nickname saya sendiri.. most people panggil saya 'mai'..

its a pleasure when people call me by my real name.. tak kiralah 'mai,coyo,mia,angah,maya or sepet????'.... hehe~ bukan tak suka orang panggil nickname saya ye.. cuma perasaan tu lain la bila panggil nama sebenar..

korang pulak macam mana?

hmmm..

kepada bakal-bakal pemberi nama untuk anak-anak yang bakal lahir..(korang la..) adalah penting untuk kita memberikan nama dengan maksud yang baik.. 

seperti yang disebutkan dalam Jame’ al-Fawaid, jilid 2, halaman 407 menyebut, Rasulullah SAW menjelaskan, "Hak anak terhadap ibu bapanya, antara lain adalah memberinya nama yang baik dan membentuk budi pekerti yang luhur."

antara panduannya nama yang baik adalah : 

 1. memberikan nama yang bermula dengan 'Abd' seperti, Abdul Malik dan Abdul Aziz.
(walau bagaimanapun, penggunaan 'Abd' dan selain dari Al-Asma Husna @ Nama ALLAH adalah haram kerana 'Abd' bermaksud 'hamba')

2. memberikan nama para Nabi.. sebagai contoh, Muhammad, Ayub atau yang lainnya.

3. memberikan nama tokoh-tokoh Islam terdahulu. antaranya, Umar, Hamzah, Rabiatul Adawiyah, Khadijah dan lain-lain.

selain dari tu.. just selak je la buku panduan menamakan anak yang banyak dijual kat pasaran sekarang.. kena teliti sikit lah bab nama ni.. cuz, maksud 1 hal.. bunyi pun, jangan pelik sangat.. kesian kat anak tu.. free je jadi bahan kawan-kawan karang.. 


"Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari kiamat dengan nama kamu dan nama bapa kamu. Maka elokkanlah nama-nama kamu". - Mafhum Hadis Abu Darda R.A.









gambar hiasan


 
itu sahaja dari saya untuk kali ni.. renung-renungkan..dan..SELAMAT BERAMAL..  (^_^)
 

0 comments: